Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi,
semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup
bahagia.
1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.
2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali.
Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat
kerja dan setelah pulang ke rumah.
3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik
bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke
pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua
pergi.
4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi
tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke
semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari
itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat
kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.
5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan
perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik
anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini,
anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.
6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya.
Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang
ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian,
setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk
keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda
kembali tenang.
7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk
menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda
dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan
dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.
8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika
anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu
sebelum anda mengajak rakan sepejabat.
9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia
kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali
berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si
dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling
sayang-menyayangi.
10. Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk
bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan
bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.
11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta
maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan,
sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah
maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda
tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan
sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...”
Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua
kali untuk memaafkan anda.
12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang
suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya
untuk sentiasa bersama anda.
13. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu
teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima
kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih
menghormatinya
Friday, October 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)