Friday, April 30, 2010

Sabarlah anakku 2

Assalammualaikum anakku, yang belum tahu lagi adakah kewajudannya. Sekarag ibu tengah menyiapkan assignment. Tugasan sewaktu ibu belajar. Harap anakku rajin belajar seperti ibu dan lebih baik dari ibu. Mungkin kau pelik dengan tulisan ibu ini. Tapi itulah yang ibu ingin sampaikan. Mungkin sewaktu melahirkan kau nanti ibu tiada. Ibu menghadap Ilahi. Ibu taknak kau membesar tanpa nasihat seorang ibu. Ibu mahu kau terasuh walau ibu tiada. Ibu mahu kau tahu yang ibu amat menyayangi kamu. Ibu ingin menjadi seperti Lukman yang bijak menasihati anaknya. Walau ibu tiada disampingmu. Bukan itu yang ibu doa, tapi kalau itu suratan takdir, ibu redha.. Anakku, dunia ini memang banyak pancaroba.. kita akan diuji dan sentiasa diuji.. dalam pelbagai bentuk seperti harta, pasangan, cinta, dan macam2 lagi.. yang penting kita bijak mengatasi dan menemuhi segala ujian itu. Ibu juga pernah diuji dengan cinta bukan sekali tapi banyak kali. Ramai yang cuba memikat hati ini. Kalau diikutkan hati ibu pasti akan tersangkut. Banyak factor yang membuat ibu terpikat. Dengan jawatan, pangkat, pendidikan, ketampanan, keromantikan, dan tidak kurang juga dengan agama. Ramai dengan pelbagai perwatakan dan penampilan. Memang ibu tertarik, tapi ibu tahan perasaan ibu ini. Ibu tahu ibu perlu jaga hati ibu ini kepada yang selayaknya. Siapa? Pada pasangan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk ibu. Itu yang selayaknya. Walaupun ibu sekarang ini pun tak tahu pada siapa. Tapi ibu yakin janji Allah. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Walaupun kita ni tak baik, doakanlah pada Allah agar diberikan yang baik agar dapat dibetulkan diri kita yang tak baik ini. Sabarlah anakku, ingatlah hidup ini memang selalu diuji. Dan ingatlah ujian itu akan datang dan akan pergi.. ibu pun masih tertanya-tanya lagi sekarang ni, siapa jodoh ibu.. ibu pun tak tau. Tapi insyaAllah suatu hari nanti bila tiba masanya bila tiba saatnya ibu akan tau juga. Sabarlah anakku, sabar untuk ibu juga..
30/4/2010.. 8.16pm

No comments:

Post a Comment