Wahai anakku… tersentuh hati ibu untuk menuliskan sesuatu untukmu. Kau belum ibu miliki lagi. Mungkin ada mungkin juga tiada. Tapi perasaan keibuan telah terbit dalam jiwaku kala ini.. ibu sayang kamu nak. Ibu risau masa depan kamu. Dunia sekarang telah teruk. Ibu tak tahu akan datang, mungkin lagi teruk. Ibu risau kau hanyut dalam perubahan dunia nak. Ini mungkin nampak mustahil. Merindui dan merisaukan seseorang yang belum wujud. Tapi ini hakikat yang benar. Umpama Rasulullah merindui umatnya akan datang dan merisaukan nasib umat selepasnya. Tapi inilah perasaan ikhlas dari hati ibu. Ibu risau andai ibu tak dapat kawal kau. Mungkin kau lahir ibu tiada, pergi dulu sebelummu. Apa nasib kamu nanti. Anak, ibu nak kau tahu ibu juga pernah remaja sepertimu. Sekarang ini ibu juga remaja. Ibu ingin kau jadi seperti ibu malah lebih baik lagi. Yang memegang agama islam dengan kuatnya. Andai menjaga iman dari godaan bercinta. Menjaga pergaulan. Ibu taknak kau jadi macam orang lain yang lalai dengan cinta. Buta dan sampai tak tahu membezakan yang mana baik yang mana buruk. Ibu sekarang ini juga remaja seperti mu. Ibu juga ada perasaan ingin menyintai dan dicintai. Ingin juga bercouple berkepit dengan lelaki. Bersembang bertepok tampar. Tapi itu semua dilarang oleh agama. Membawa kepada dosa. Peganglah agama erat-erat anakku. Ibu tak sedih kalau kau gagal dalam kerjaya tapi ibu akan derita kalau kau gagal dalam mendidik imanmu, ahlakmu, agamamu.. itu ibu pentingkan sangat. Kau anak ibu, kau juga bonus ibu di akhirat nanti. Ingat ilmu, sedekah, dan doa anak yang soleh bonus yang tak putus2 diakhirat nanti. Biarlah orang sekeliling kita semua bercinta, bercouple.. biar kita seorang je yang takde pasangan masa remaja ini. Takpe. Tapi jangan terpeda dengan maksiat cinta ini. Mahalkan diri kita. Bukan takde orang yang pikat kita maknanya kita takde orang nak. Orang yang paling dihormati ialah orang yang berahlak mulia. Semua orang takut untuk berahlak buruk depannya. Jadi bercinta itu pada akal mu ahlak buruk ke ahlak baik? Pada ibu itu buruk. Kerana dia dah tak pikir panjang kerana hanyut dengan indahnya cinta yang hakikatnya buruk di mata manusia. Adakah ahlak itu yang ditunjukkan kepada orang yang dihormati. Pastinya tidak. Ingatlah anakku..sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang.. biar la orang nak kata kita kolot ke. Tak moden ke. Biar orang benci kita asal Allah suka kita. Ibu takut kau akan cakap bila ibu nasihati kau nanti “ bolehlah ibu dah kawin, dah tak perlu pikir pasal jodoh, saya ni tak jumpa2 jodoh lagi. Macam mana nak juma jodoh kalau tak bercinta.” Ibu sekarang ini pun belum bertemu jodoh. Belum ada calon. Tapi ibu yakin Allah akan memberikan jodoh yang terbaik untuk ibu, dan harap dapat anak yang lembut hatinya dan senang dididik dengan acuan agama. Itu yang penting. Macam mana ibu boleh sekuat ini. Sebab ibu percaya pada Allah dan mengharap penuh pada Allah. Kan doa senjata orang islam. Setiap kali sembahyang ibu doa supaya mendapat suami yag beriman yang dapat membimbing ibu dan kamu ke syurga Allah. Harap-harap doa ibu makbul. Sabar la anakku, biar tiada orang berani mendekatimu kerana menjaga kesucianmu daripada mereka menghampirimu kerana kemurahanmu. Sabarlah anakku, ibu juga remaja sepertimu dan sekarang juga sedang berjuang menjaga kehormatan ibu. Perasaan remaja kita ni sama sahaja anakku, Cuma iman yang membezakan. Selamat berjuang anakku.. dari ibumu 21 tahun..
30/ 4/2010. 11.55pmFriday, April 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment